Wednesday, September 8, 2010

KELEBIHAN HARI RAYA AIDIL FITRI

Kemuliaan Hari Aidil Fitri diterangkan oleh Allah di dalam Al-Quran dan oleh Rasulullah di dalam beberapa hadisnya. Oleh itu umat Islam amat digalakkan untuk menghidupkan malam Hari Raya sama ada Hari Raya Puasa atau Hari Raya Korban.
Sehubungan dengan inilah Allah berfirman di dalam Al Quran menerusi ayat 185 surah al-Baqarah yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan (hari terakhir Ramadan 30 hari) dan kamu mengagungkan Allah (bertakbir raya) atas petunjuk-Nya yang dianugerahkan kepada kamu agar kamu menjadi orang-orang yang bersyukur." Kemuliaan Hari Raya juga diterangkan di dalam Hadis seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Daripada Umamah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda barang siapa mengerjakan amal ibadah pada malam Hari Raya Aidilfitri dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati pada hari kiamat sebagai matinya hati orang-orang yang kafir ingkar pada hari kiamat.
Daripada hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa Hari Raya satu perkara yang disyariatkan dalam Islam dan pada Hari Kiamat kelak orang-orang yang beriman dan beramal soleh hatinya hidup bahagia dan gembira kerana berjaya mendapat balasan yang baik dan keredaan Allah azzawajallah hasil daripada amal-amal kebajikan yang mereka kerjakan di dunia seperti berpuasa di bulan Ramadan. Sebaliknya orang yang kufur dan ingkar hatinya mati mereka hampa dan kecewa pada hari itu kerana dimurkai oleh Allah dan mereka ditimpa dengan seburuk-buruk balasan. Terdapat juga hadis-hadis yang lain yang menceritakan tentang menghidupkan malam Hari Raya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tabrani r.a. yang bermaksud: "Barang siapa menghayati malam Hari Raya Aidil Fitri dan malam Hari Raya Aidil Adha dengan amal ibadah sedang dia mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati seperti hati orang-orang kafir."
Umat Islam digalakkan menyambut Hari Raya Aidil Fitri dengan tahmid sebagai bersyukur kepada Allah bersempena dengan hari yang mulia itu. Ini diterangkan di dalam Al-Quran dan juga di dalam hadis Rasulullah s.a.w. Firman Allah SWT, maksudnya: Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan supaya kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid kerana kamu telah mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur." Daripada hadis pula sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. maksudnya: Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir dan Tahmid.
Di dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda daripada Anas r.a. maksudnya: Hiasilah kedua-dua Hari Raya kamu iaitu Hari Raya Puasa dan juga Hari Raya Korban dengan Takbir, Tahmid dan Taqdis. Ini bermakna, seseorang muslim itu adalah digalakkan agar menghidupkan malam hari raya dengan amalan-amalan yang boleh mendekatkan dirinya kepada Allah bagi menjamin hatinya tidak akan mati pada hari kiamat.
Adalah lebih baik mengemas rumah, menjahit baju yang masih belum siap, menggosok pakaian raya untuk persiapan solat pagi raya bagi membesarkan Allah, menggantung langsir dengan niat mencantikkan rumah, kerana Allah suka kepada yang indah dan cantik, daripada menghabiskan sepanjang malam raya dengan menonton rancangan televisen, apatah lagi rancangan hiburan, filem, seloka Aidilfitri, mendengar lagu raya yang mengasyikkan, kerana tindakan itu sedikit sebanyak boleh menjejas pahala yang kita raih sepanjang bulan Ramadan.
Aktiviti pagi raya
1. Aidilfitri digalakkan bersarapan terlebih dahulu.
2. Mengenakan pakaian raya yang baru (tapi ia bukan satu kemestian) serta berwangi-wangian bagi orang lelaki.
3. Bersegera pergi ke tempat solat, sama ada masjid, surau, dewan terbuka atau di tanah lapang, iaitu dengan melalui jalan lain dari jalan yang dilalui sebelum menunaikan solat.
4. Antara amalan yang patut dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri.
5. Pada pagi Hari Raya, umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin.
6. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah jiran tetangga, sanak saudara dan rakan taulan.
Ini kerana mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.
7. Menceriakan suasana hari raya dengan memberi anak-anak sampul duit raya (sebagai amalan 'idkhal as-surur' iaitu menggembirakan orang lain terutama kanak-kanak.)

10 solat yang tidak diterima oleh Allah S.W.T.

1.Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2.Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3.Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4.Orang lelaki yang melarikan diri.
5.Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6.Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7.Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8.Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9.Orang-orang yang suka makan riba’.
10.Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh daripada Allah.”

Hassan r.a berkata : “Jika solat kamu itu tidak dapat menahan kamu daripada melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

Semoga kita mengambil berat dengan amalan solat kita seharian

Tuesday, September 7, 2010

10 peringatan bumi

Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas Bin Malik r. a; Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara;

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

PETUA IMAM SYAFIE

4 perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

4 perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

4 perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

4 perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kibla

4 perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama



4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI



Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak

10 Surah yang baik Dibaca

1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.

Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.



2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.



3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.



4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.



5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).

Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.



7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur.



8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :

"Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya."

Dari Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.

Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."



9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.

Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.

Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.



10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.
Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

Remaja islam

Ciri-ciri remaja islam


1.Taat kepada ibubapa
2.menggembirakan hati ibubapa
3.Sentiasa menuntut ilmu & mengamalkannya
4.sentiasa memohon pertolongan allah & berdoa
5.Mejaga solat

What is SOLAT?

1.Bukti penyembahan / pengakuan bahawa kita makhluk ALLAH
2.Satu-satunya masa untuk "bercakap dengan ALLAH"

Mengenai SOLAT

1.Solat itu TIANG agama , Barang siapa yang mengerjakannya maka ia telah mendirikan agamanya , barang siapa meninggalkan nya maka dia telah runtuhkan agamanya

2.Amalan yang 1st sekali yang akan ditanya oleh ALLAH di Akhirat

Sebab KENAPA tak boleh nak tinggalkan SOLAT?

1.Taukah Anda bila anda semua akan mati?
2.Takut Terlupa

JANGAN LALAI KETIKA SOLAT (khusyuk) KERANA Iblis akan TERBAKAR apabila seseorang itu mengerjakan solatnya dengan KHUSYUK

Cara-cara untuk KHUSYUK dalam SOLAT

1.Check balik wuduk anda , ADAKAH ianya SEMPURNA? Contoh : Ambil wuduk sambil bercakap . hukumnya makhruh

2.Menghormati AZAN , adakah anda BERCAKAP ketika azan DILAUNGKAN?

3.Pakaian HENDAKLAH bersih , suci , menutup aurat


KESAN MENINGGALKAN Solat

1.Hidup DALAM DUNIA dalam keadaan yang HINA!
2.Mati dalam keadaan yang tak elok , tak diredai ALLAH
3.Berasa TERSeksa ketika SAKRATUL MAUT ibarat DITIKAM 500 Pedang yang tajam kepada BADAN
4.Azab KUBUR
5.Seksaan Api NERAKA

Golongan YANG TIDAK Payah BERSOLAT

1.Orang GILA
2.Orang yang PENGSAN
3.Pompuan yang UZUR Syarie'

CABARAN REMAJA ZAMAN Sekarang

1.Hawa Nafsu
2.Perasaan CINTA yang menipu contoh : cinta MONYet
3.Hiburan Yang melalaikan
4.Godaan Syaitan

What IS THE SOLUTION?

Ikutilah JALAN ISLAM yang LURUS ini , menuju ALLAH yang MAHA PEmurah & Penyayang

Kenali Pokok Gharqad Yahudi

Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.


Saya telah dimaklumkan bahawa orang Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw....*****a keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.

Luahan hati

Di sebalik renungan matamu,
terserlah keayuanmu,
Begitu meruntun sanubari ku,
Andai kata dirimu itu sekeping potret,
Akan kugadaikan segala hartaku demi untuk memiliki mu,

Namun hakikatnya kamu seorang wanita,
dan aku tidak punya apa-apa harta yang berharga untuk kugadaikan,
Dalam percubaan untuk memilikimu,
Cuma sekeping hati ini yang tulus mencintaimu dalam diam,

Wanita sepertimu adalah pujaan ku,
Telah lama ku dambakan kehadirannya,
Ku angankan ia sebagai suri cintaku,
saat ini beginilah yang telah terjadi padaku,

Bayanganmu seringkali mencumbui fikiranku,
sehingga aku rasa di ekori,
Namun setiap kali kita bertemu,
lidahku kelu mengungkapkan kata hati,

Andai kata aku seekor rerama,
Takkan ku biarkan igauan ini berlegar di fikiranku,
aku akan terbang bebas di hadapan mu,
lalu hinggap di atas tanganmu,

Dan kubiarkan engkau membelai tubuhku,
Sehingga aku mengerti,
Diriku adalah manusia,
Yang harus berani menghadapi cinta.

Sunday, September 5, 2010

Pengajaran

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna.. Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka.. Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk.. Ada pula yang kate saya kuat emo.. Sikit-sikit nak marah.. Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..



Lepas tu saya cuba buat lawak kononnya nak tarik perhatian orang lain saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya terutamanya pelajar-pelajar perempuan.. Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti).. tapi saya tak kesah.. asalkan ada yang terhibur..









Tapi saya tetap merasakan kekosongan.. Memang lumrah manusia.. Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita Macam itulah yang saya rasa.. Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'.. Di dorm sms awek sampai pagi.. ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..



Saya mula berfikir.. "Adakah aku perlu BERCINTA?" Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu.. saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'.. Dan masa itulah saya kenal awak.. saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..


Mula-mula awak jual mahal.. Tapi saya tak kisah..nak beli gak.. akhirnya, dipendekkan cerita.. saya pun mulalah BERCINTA..


Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat Apa orang kata..'ALL OUT'lah.. haha.. Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya.. 'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam.. Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu.. Tidak terasa pun kehilangannya..


Mase bercinta memang indah.. Semuanya indah.. Sikit-sikit gurau-gurau Sikit-sikit gelak-gelak kalau merajuk men pujuk2.. kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..


Untuk diri ini,terasa amat bahagia.. Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai.. Saya pernah terikir.. Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam, kata saya macam-macam.. Asalkan awak memahami saya..


Satu hari saya dengar ceramah.. Alhamdulillah.. Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa dan saya kena brubah.. Hidup saya mesti selari dengan Islam.. Saya kena jadi baik.. Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan.. semua orang nak masuk syurga kan?


Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid.. Rapatkan diri dengan Al-Quran.. Selalu solat jemaah awal waktu.. Selalu dengar tazkirah..


Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak, Saya taknak jadi baik seorang diri.. jadi saya ajak awak sekali.. Saya ajak awak baca Al-Quran.. saya kejut awk bangun subuh..(calling) saya ajak awak saling beri tazkirah..


Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya.. Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple. Saya kata,kita bukan buat benda yang salah.. bercinta kerana Allah.. Kita couple tak macam orang lain.. Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je.. ade yang siap wat mksiat lg.. pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi.. Tapi kita couple baik-baik.. Jaga batas-batas syara'.. Tak guna ayat jiwang-jiwang janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat.. cuma sms dan call je..


Dan awk terima perubahan saya itu.. Saya pun banyak nasihat awak.. Awk pun terima.. Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa.. Dan akhirnya saya rasa.. Hubungan kita semakin diredahai.. Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..




Dalam proses perubahan saya, Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib.. Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran. Kalau kita tidak berdakwah.. kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak. sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf, surah ke 7,ayat ke 164:


Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".


Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik Tegur mereka apa sahaja yang silap.. Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose.. Saya mesti nak tegur. Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman.. Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~ Lepas tu, satu masa.. saya terbaca pasal couple..


"COUPLE HARAM" Saya tak percaya.. tapi bila baca detail-detail yang dia bagi.. macam betul pulak.. huhu~~ tapi biasala.. kalau kita suka satu benda tu.. kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..


Saya pun buat tak tahu pasal benda tu.. dan teruskan saja hubungan kita.. kita tak buat maksiat.. Kita jalan-jalan pegang tangan.. tak jiwang-jiwang.. Cuma saling ambil berat.. Tanya khabar.. Borak-borak.. Siap bagi tzkirah lagi.. Apa yang haramnya dengan benda ni? Tak kisahlah..


Masa terus berlalu...




Masa ni dah nak dekat Trial SPM.. lagi tiga minggu sebelum trial.. dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan.. buat study group Pada masa yang sama, bagi tazkirah..


Ada yang terima.. ada juga yang buat tak tahu Kadang-kadang bila tegur.. saya kena marah pula.. macam-macamlah alasannya ada kata saya tegur tak berhikmah.. ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je.. Tapi tak kisah.. saya ada tempat mengadu.. huhu~~




Suatu masa.. ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri.. saya terjumpa ayat ini..


Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir? (Al-Baqarah, ayat 44)


Saya pun terfikir..


"Selama ini aku asyik tegur orang je. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan, Cepat marah, suka buang masa, ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan.. Macam mana ya?"


Lepas tu terjumpa pula ayat ini..


Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. (Al-Baqarah ayat 42)


Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..


"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau dengan kami..tegur orang konon.."


Berfikir sejenak.. Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak? Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh? Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu berhubung dengan perempuan? Dan terkadang saya rasa serba salah?


Macam-macam yang saya fikir..


Dipendekkan cerita lagi sekali.. saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh.. Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..


Dalam perjalanan ke seminar tu.. saya masih sms lagi dengan awak dalam bas.. sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu.. Dalam fikiran saya.. "Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."




******




Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf, pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri Lagipun kami semua penat.. takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam.. pihak penganjur pun faham..


Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ.. Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple. Tapi saya tragak-agak.. "Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak buat macam mana? Aku kena clash ke? Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?"


Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu.. Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.


"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit boleh?"


"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"


"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."


"Bercinta ke?"


Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..


"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"


"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32: Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."


"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."


Saya tak mahu mengalah.


"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni." Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini: Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam. (Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)


"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"


Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"


"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat


elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."


"Zina hati?" Saya menduga.


"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."


Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..


"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."


"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."


Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..


"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."


Saya trdiam lagi.


"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."


Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.


"Jadi apa saya nak buat bang?"


"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."


"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"


"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."


Tiba-tiba saya terfikir..


"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"


Saya cakap..


"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"


Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..


"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."


Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.


"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."


"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."


"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."


Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..


"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."




Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..


"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."


Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].


Lepas tu tertera di skrin..


[SENDING..]


[MESSAGE SENT]


Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..


"Terima kasih bang.."


"Takpe, dah tanggungjawab.."


Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya.. Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..


Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.




*******




Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang. Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..


Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..


"Seindah gubahan pertama.."


Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..


"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..


Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,


Jangan cari cinta manusia, ia penuh dengan penipuan, kekecewaan, dan tak kekal..


Tapi carilah cinta Allah.. tiada penipuan, tidakkan pernah mengecewakan itulah cinta abadi.. Cinta yang diredahai..


-Yang Terakhir- "


[SEND]


[SENDING..]


[MESSAGE SENT]


Saya dah buat keputusan. Saya pasti apa yang saya buat ni betul. Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya. Saya takkan berpatah balik..


Takkan..buat selama-lamanya. .

Jatuh cinta atau Jatuh Nafsu

Bukankah sudah jelas dalam al-Quran dinyatakan bahawa syaitan akan menampakkan sesuatu yang buruk itu sebagai sesuatu yang baik pada pandangan kita?

Berpegangan tangan. Bercumbu mesra. Peluk-memeluk. Tangan menjalar merata diiringi kalimah-kalimah yang manis puji-memuji. Kadang-kadang siap berdoa supaya kasih akan terus berkekalan. Poorah! Bila sudah perut membesar, barulah tersedar dan tersentak. Bila keluarga si perempuan bawa "abang-abang besar" suruh bertanggungjawab barulah rasa kecut dan takut.

Haq dan batil tidak boleh bercampur. Islam itu lahir daripada keruntuhan jahiliah. Kita ini terbalik pula. Islam itu jadinya pada kita bercampur dengan jahiliah. Maka patutkah Allah reda dengan tindakan kita? Sepatutnya kita melihat melalui kaca mata al-Quran yang sudah terang haq dan batilnya. Bagaimana indah sekalipun jika yang batil itu dicantikkan oleh syaitan, kita tetap akan sedar betapa buruknya apa yang kita lakukan, betapa jijiknya dan kotornya dosa yang kita lakukan itu

cinta aku pada si dia

Cinta itu buatkan

Cinta utamaku lemah

Cinta aku pada si dia

Buatkan cinta aku pada Tuhan

Allah Yang Maha Esa

Buatkan cintaku pada Rasulullah

Kekasih Yang Maha Kuasa

Buatkan cintaku pada agama

Islam yang gah agung

Buatkan cinta aku pada iman

Nur yang sentiasa terang

Seakan-akan goyah

Umpama meniti jambatan rapuh

Yang kalau-kalau ditiup angin kencang

Rebah sujud sia-sia ke bumi


Cinta aku pada si dia

Mencalar kotor pada pahalaku

Bertambah erat pula

Pegangan si dosa-dosa

Cintaku pada si dia

Buatkan jiwaku resa

Bernanah dengan maksiat

Zina mata, zina hati

Buat aku terus-terusan gelisah

Melihat pasangan lain

Melayari bahtera durjana

Yang kononnya indah

Walhal aku tahu

Halal haramnya

Meskipun aku tahu

Baik buruknya

Sungguhpun aku tahu

Azab dan siksanya





Bukan kah cinta aku pada si dia

Harus bawaku dekat

Ke kota pujaanku…syurga

Bukankah cinta aku pada si dia

Harus jauhkan aku sejauh-jauhnya

Dari neraka yang pedih azabnya



Jadi…Mana mungkin cinta ini

Cinta aku pada si dia

Adalah cinta bisikan Allah

Mana mugkin cinta ini

Cinta aku pada si dia

Adalah cinta yang bisa buatkan aku

Bahagia dunia akhiratnya

Mana mungkin cinta ini

Cinta aku pada si dia

Adalah suci, tulus dan perawan



Aku muhasabah nilai cinta ini

Sebak dada, kusut jiwa

Menitis air mata seorang hamba derhaka

Mengenangkan betapa murahnya nilai cinta ini

Hinanya cinta ini disisi tuhan



Cinta yang aku dambakan

Cinta aku pada si dia

Tiada apa-apa erti buat tuhan

Hanya lumpur noda mengundang murka…



Rupa-rupanya

Cinta aku pada si dia

Tidak layak menggapai rahmat

Tidak layak menjemput berkat

Dan tidak akan pernah mengundang keredhaan



Maafkan aku Ya Allah

Maafkan aku untuk ada rasa

Cinta aku pada si dia

Yang tidak ada nilai di mata mu

Tuhan



Ya Allah

Jodohku ditanganmu

Kalau benar

Cinta aku pada si dia

Hanya menambah timbunan dosa

Aku mohon ampun Ya Allah



Doaku…

Harapanku

Pintaku dengan harap…

Harap dengan sangat…

Penuh rendah diri sebagai hambamu

Kurniakan aku masjid yang sempurna

Dengan jodoh yang baik-baik

Penuhi pertemuan dan perpisahannya

Dengan iman, nur dan rahmatmu…

Biar jodohku itu

Buatkan aku dekat padamu

Ya Allah

Biar jodohku itu…

Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku

Biar jodohku itu…

Buatkan aku lebih mencintaimu

Lebih dari segalanya Ya Tuhan

Ya Allah

Amin…