Tuesday, June 14, 2011

Lagi cara bagaimana lelaki memikat wanita.

Pendapat ini timbul kerana kebanyakan wanita sekarang menganggap lelaki zaman kini agak lurus dan tidak ramai yang pandai menggoda wanita.
Kini ramai pula wanita yang menggoda lelaki.

Bak kata perumpamaan, bagai perigi yang mencari timba. Masalahnya kini, kenapa pula wanita yang perlu mengorat lelaki? Kenapa mereka begitu berani? Sebenarnya dalam dunia serba canggih ini, tidak ada syarat yang menetapkan lelaki wajib memikat wanita dan wanita tidak perlu memikat lelaki. Pucuk pangkalnya hati.

Jika seorang wanita sudah terpikat, apa salahnya dia yang memulakan dahulu. Mana tahu, dengan cara ini cinta akan berputik. Jika menunggu sahaja silap hari bulan, burung idaman terbang lari. Ingatkan bagaimana bekas teman anda memikat anda suatu ketika dahulu? Apa taktik yang digunakan dan bagaimana anda boleh terpikat?

Walaupun tidak 100% betul, tetapi senarai di bawah ini mungkin membantu anda mengenali cara lelaki memikat seorang wanita yang disukainya.

1. Kaum lelaki lazimnya cuba memikat wanita dengan melakukan aksi-aksi tertentu. Antaranya adalah dengan melontarkan satu renungan tajam kepada seorang wanita yang diminatinya. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya memberitahu secara tersirat bahawa dia begitu berminat dengan wanita itu dan berhasrat supaya mendapat respon atau reaksi positif daripadanya. Renungan juga berbeza-beza. Jika teman sepejabat, kadang-kala si wanita menjadi rimas dan tidak selesa kerana asyik diperhatikan tetapi apabila bersua bertentangan mata, si lelaki buat tidak endah sahaja. Mereka sering mencuri pandang dan mermehatikan setiap gerak-geri wanita yang diidamkan.

2. Tidak kurang juga lelaki yang menunjukkan sikap pemurah sebagai cara hendak memikat wanita.Mereka berbudi dengan memberikan hadiah, belanja makan, mengajak untuk bersiar-siar dengan menaiki kenderaannya dengan hasrat dapat memancing wanita itu. Namun,berwaspadalah kaum wanita kerana tidak semua lelaki bersikap ikhlas dan jujur.

3. Ada juga sesetengahnya memikat melalui orang lain. Contohnya, lelaki itu mendampingi ahli keluarga seperti ibu, adik, kakak, mahupun bapa wanita itu. Mereka akan berbuat baik, selalu menjenguk, bertanya khabar dan menghantar cenderahati semata-mata ingin memikat hati ahli keluarganya. Jika mereka semua sudah berkenan dengan si lelaki tadi, mudahlah dia meneruskan taktik memikat wanita tersebut. Hal ini kerana wanita tidak akan banyak kerenah jika keluarga sudah berkenan kerana bagi wanita, ia sudah memadai.

4. Lelaki yang tinggi egonya ada kalanya memikat dengan cara mengutuk wanita yang disukai. Wanita jangan terperanjat jika terjumpa lelaki begini. Mereka suka menyakitkan hati wanita itu kadang-kala sehingga menitiskan air mata. Bukan mereka tidak berani, tetapi mereka belum bersedia untuk menyatakannya. Sekurang-kurangnya dengan menyakat wanita idaman, membolehkan dirinya sentiasa hampir dengan wanita walaupun dengan cara yang tidak disenangi.

5. Selain itu,terdapat juga sesetengah lelaki yang berlagak macho dengan mempamerkan susuk badan yang gagah dengan harapan ada gadis yang akan terpikat atau tertarik padanya. Apabila lelaki berkesempatan untuk berkomunikasi dengan wanita yang diminatinya, dia akan menceritakan berkenaan kebaikan dirinya, kejayaan hidupnya dan lain-lain gambaran positif berkenaan diri dan kehidupannya. Ini tiada lain selain bertujuan untuk memberitahu wanita itu bahawa dia adalah seorang yang baik hati, berwawasan dan berjaya dalam hidup. Tetapi awas lelaki, jangan terlalu berlebih-lebihan atau membangga diri.

6.Bagi lelaki yang aktif atau dikategorikan sebagai yang sukakan cabaran, cara mereka agak berlainan. Mereka suka jika membawa si wanita melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti mendaki gunung, memanjat, berkayak, berkhemah, berbasikal, memancing dan banyak lagi. Ia semata-mata untuk melihat sama ada si wanita sesuai atau tidak dengan cita rasanya.

P/s :wanita2 cuba lah memerhatikan sikap lelaki2 d sekeliling anda...mana tau ada yg trsangkut dngn kat atas...

http://blog2cinta.blogspot.com/2010/10/bagaimana-lelaki-memikat-wanita.html

Lelaki Tahu Perempuan Tahu!!!!

Lelaki perlu tahu yang perempuan:

Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukanmenghanyutkann ya.

“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”

Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:

Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan

http://blog2cinta.blogspot.com/2010/11/lelaki-tahu-perempuan-tahu.html

Wednesday, June 1, 2011

Lelaki 9 akal dan 1 nafsu,Perempuan 1 akal dan 9 nafsu

Salam Ukhuwah…

Jika ada yang mahu mengaitkan Akal dan Nafsu wanita, sering saja kita mendengar ungkapan ini digunakan, ‘1 Akal dan 9 Nafsu’.

Saya sendiri lebih melihat kepada kemungkinan ‘9 nafsu’ itu merujuk kepada emosi wanita yang pelbagai. Istilah ‘emosi’ mungkin lebih sedap didengar berbanding dengan ungkapan ‘nafsu’, yang sering saja dijuruskan kepada perlakuan yang tidak baik.

Bagi lelaki pula mereka diumpamakan sebagai mempunyai ‘9 Akal dan 1 Nafsu’.

Sebenarnya benarkah begitu?

Kebenarannya, istilah ini tidak pernahpun diungkapkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah apabila kedua-duanya tidak sesekali menyatakan perbezaan kemampuan akal di antara lelaki dengan wanita. Jua tiada pernah disebut-sebutpun oleh mana-mana ‘Ulama tersohor di dalam Islam. Maka ternyatalah bahawa ia hanyalah suatu ungkapan yang masyhur semata-mata, dipetik daripada si polan yang entah siapa sebenarnya.

Sebelum bermaklumat lebih jauh, terlebih dahulu kita cuba dapatkan definasi Akal, Emosi dan Nafsu dalam penjelasan yang ringkas sahaja.

Secara ringkasnya, Akal bolehlah didefinasikan sebagai kekuatan untuk melahirkan keputusan tentang sesuatu realiti, selepas disatukan oleh pemerhatian lima pancaindera utama ke dalam otak yang telahpun mempunyai maklumat awalan keatas sesuatu perkara tersebut.

Manakala Emosi membawa pengertian yang lebih pelbagai. Rumusnya, ia merupakan suatu dorongan yang diatur oleh akal, namun selalunya digambarkan sebagai sisi negatif berbanding keadaan yang rasional kerana kepelbagaian ragamnya.

Nafsu pula bolehlah dikaitkan dengan suatu tarikan mahupun keinginan setiap manusia kepada perkara-perkara yang boleh mengembirakan jiwanya. Ia bukan sahaja menjurus kepada syahwat semata mahupun perkara-perkara yang kelihatan buruk sahaja, tetapi merangkumi keinginan asas setiap individu seperti makan minum, pemilikan harta, persaingan dan sebagainya.

Keajaiban

Akal merupakan suatu keajaiban luar biasa nilainya yang dikurniakan Allah s.w.t. kepada setiap manusia, yang membuktikan bahawa makhluk inilah paling sempurna kejadiannya dibandingkan dengan ciptaan makhluk lain seantero alam ini. Kurniaan akal fikiran merupakan hikmah dan rahmat tuhan dalam melengkapkan kejadian seorang manusia. Adanya akal inilah yang mengangkat martabat manusia langsung menjadikannya makhluk yang paling utama. Seluruh kesempurnaan Allah s.w.t. juga terpamer pada kehebatan ciptaan akal ini.

Secara fitrahnya manusia dikurniakan akal fikiran yang sama rata oleh Allah s.w.t., kecuali mungkin ada kurniaan yang luar biasa kepada individu tertentu, dimana mereka mempunyai kecerdasan akal yang tinggi sejak dilahirkan.

Dalam contoh yang mudah, kita telah melihat kecemerlangan pelajar-pelajar lelaki dan wanita adalah pada tahap yang hampir sama. Jika perolehan maklumat kepada setiap individu adalah pada kadar yang sama rata dan mereka menelaahnya dengan kemampuan akal dan kecerdasan masing-masing, insyaAllah akan membuahkan kecemerlangan. Maka bolehlah diakui bahawa daya fikir antara lelaki dengan perempuan adalah pada tahap yang sama.

Namun begitu tahap daya fikir antara lelaki dengan wanita bukanlah sekadar tertakluk kepada kemampuan akal dan kecerdasan semata. Tetapi ia juga merangkumi cara setiap individu berfikir secara ilmiah, iaitu keupayaan untuk mengemukakan pandangan kritis keatas sesuatu perkara dan membuahkan idea baru yang belum pernah wujud sebelum ini. Pengalaman hidup seseorang juga boleh mempengaruhi kemampuan akal itu sendiri.

Tidak dinafikan bahawa dalam pemerhatian umum, lelaki itu lebih bijak dalam menggunakan akalnya berbanding wanita yang mempunyai banyak emosi. Dalam banyak keadaan kita dapat melihat bahawa lelaki seringkali berfikir panjang sebelum membuat sebarang keputusan penting dalam kehidupan, manakala wanita tidaklah terlalu selektif dalam menyatakan sebarang keinginannya.

Jikapun wanita dikatakan kurang akalnya ia bukanlah kerana kemampuan akalnya yang lemah. Tetapi lebih kepada fitrah kejadian wanita yang kurang pengalamannya dalam kehidupan, berbanding lelaki yang lebih luas langkahnya di bumi ini.

Maka fahamlah kita bahawa, istilah yang membezakan akal antara lelaki dengan wanita sehingga perbezaan ‘8 darjat’ hanyalah dongeng semata-mata.

Memanfaatkan Akal

Paling pentingnya akal ini digunakan sebaik-baiknya mengikut syariat yang telah ditetapkan Allah s.w.t.. Setiap individu seharusnya tahu bagaimana untuk memanfaatkan akal dengan cara yang terbaik, seiring dengan tujuan kurniaannya berlandaskan syariat Maha Penciptanya.

Tentu sekali antara tugas akal yang utama adalah, memikirkan dan memahami ayat-ayat Allah s.w.t. di dalam kitab suci al-Quran dengan tujuan untuk mengenaliNya dengan lebih yakin, langsung beriman kepadaNya.

Sangatlah rugi kepada mana-mana manusia yang cuai dalam menggunakan akalnya, sehingga tersisih daripada terus mendapat hidayah yang berpanjangan daripada Allah s.w.t.. Lebih malang lagi apabila akal tersebut digunakan untuk mencemuh Islam itu sendiri. Sangat tidak pelik jika hal ini berlaku apabila manusia sudah lupa asal usul kejadiannya, lantas angkuh untuk mengakui kekuasaan Allah s.w.t..

Hakikatnya akal yang dikurniakan Allah s.w.t. ini perlu sentiasa disiram dan dibaja, jua dihapuskan segala kekotoran yang melekat kepadanya. Ini bertujuan untuk melahirkan akal yang cerdas dan pintar. Akal yang sihat akan membantu kita berfikir secara lebih bijak dan lebih berhati-hati dalam membuat sebarang tindakan.

Akal yang sihat tentunya akan berfungsi sebagai pemandu dalam membawa manusia kepada destinasi terbaik di penghujung usia kita nanti. Mudah-mudahan sejahteralah kita nanti disaat menghadap Allah yang Maha Esa.

Janganlah kita berada di kalangan manusia yang tidak tahu untuk menggunakan akal, sehingga nafsu pula yang berlagak mendahului akal. Apabila keadaan ini berlaku tentu sekali manusia akan terus berada dalam keadaan lalai dari terus mengingati makna kewujudan mereka di dunia ini. Sebagaimana ada pepatah menyebut, ‘semua manusia memiliki akal, tetapi sedikit sahaja yang berakal’.

Emosi dan Nafsu Terurus

Walau bagaimanapun, akal yang cerdas ini perlulah diseimbangkan dengan emosi yang terurus. Kebiasaannya emosi yang terganggu boleh mengakibatkan tindakan yang diambil merujuk kepada pandangan nafsu yang tidak baik semata. Apabila emosi telah mendahului akal, tentunya seseorang itu sedang mengalami keadaan mindanya yang tidak stabil.

Kita dapat melihat seseorang itu mungkin akan mengalami tekanan perasaan, kekecewaan, kemurungan, dan sebagainya apabila emosi mereka terganggu. Akibat dari gangguan ini ada kemungkinan mereka akan melakukan pelbagai tindakan diluar kawalan sehinggalah sanggup memilih jalan yang paling singkat, yakni membunuh diri.

Begitu juga dengan nafsu yang merupakan fitrah kepada kejadian setiap manusia. Ia juga harus diurus dengan baik seiring dengan syariat Islam yang telah ditentukan Allah s.w.t.. Nafsu harus sentiasa dididik agar tidak meliar tanpa haluan yang sebenar. Mendidik nafsu bererti kita sentiasa menahan diri daripada merasa selesa dengan nikmat dunia.

Selain dari akal yang bijak dan emosi yang terurus serta nafsu yang terdidik, jiwa juga haruslah ditundukkan agar kita sesekali tidak akan lupa kepada kehebatan Allah s.w.t. yang menganugerahkan kurniaan besar ini. Jauhkanlah jiwa dari perasaan takjub kepada kehebatan diri sendiri. Hiasilah jiwa dengan zikir memuji kebesaran Allah s.w.t. dan sentiasalah panjatkan doa semoga kita dikurniakan hidayah yang berpanjangan hingga ke akhir hayat, insyaAllah!

http://serisuri.wordpress.com/2011/02/07/akal-emosi-dan-nafsu/