Sunday, September 2, 2012

Cinta kita cinta perjuangan

"Enti menangis..?" "Untuk apa ana menangis, bukankah akh selalu pesan, jangan menangis kerana manusia." "Habis, mata enti berair?" "Mata ana masuk habuk. Kebelakangan ni, selalu sangat mata ana ni berair." Aku tersenyum... Alasan ni dah lapuk sebenarnya, seingat aku semasa aku berumur 7 tahun, aku sudah tidak percaya alasan 'masuk habuk' yang menyebabkan mata seseorang berair. Filem-filem Melayu yang mengajar aku. "Ana tahu enti menangis.." "Tidak!!! Tak faham-faham ke?!" Dia tiba-tiba membentak. "Oklah.. oklah.. mata enti masuk habuk. Ginilah, kapal terbang akan bertolak besok pukul 7.00 petang. Kalau enti nak hantar pun hantarlah. Kalau tak nak pun, kapal terbang tu tetap akan bertolak. Ana pergi cuma 2 tahun, tak lama.." "Insya-Allah ana akan hantar. Tapi kalau ana tak hantar pun, ana harap akh tidak kecil hati. Ana takut berlalu fitnah. Maklumlah, kita bukannya diikat dengan ikatan yang sah lagi. Sekadar pertunangan..." "Pertunangan bukannya ikatan yang sahkah..?" "Bukan itu maksud ana, namun setidak-tidaknya ia kan boleh putus bila-bila masa sahaja. Sekali dihempas ombak, sekali pantai berubah..." "Pantai berubah kerana ombaklah tunangnya. Cuba jika bulan menjadi gerhana, atau matahari hilang sinarnya, berubahkah pantai?" Aku berfalsafah. Dan memang dia akan selalu kalah kalau beradu bahasa denganku. Temannya yang sering dibawa apabila berjumpa denganku tergelak kecil. Satu sokongan moral untukku. "Akh punya pasallah. Ana nak pergi. Jumpa lagi besok. Assalamualaikum..." Aku tidak menjawab salamnya. Bukankah menjawab salam dari seorang wanita yang bukan mahram hukumnya makruh?