Tuesday, December 11, 2012

Penipuan Dajal episod 12 = Cerahkan kegelapan

Dalam rancangan dajal pun ada kecerahan kah??biar betul...apa yang kita semua telah ketahui secara umum,dajal ada lah `raja kegelapan` kat dunia nie..habis tu,knapa tajuk video ini cerahkan kegelapan??

insyaAllah,anda akan ketahui sebab nya mengapa video ini di nama kan cerahkan kegelapan selepas kalian menontonnya...

Tuesday, December 4, 2012

Penipuan Dajal episod 11 = `Musical Sorcery`


Penipuan Dajal episod 10 = Pemerintahan Dunia Baru

mari kita lihat beberapa episod penipuan-penipuan yang dilakukan oleh orang yahudi kepada kita demi tuhan mereka iaitu Dajal...video ini kalau kamu cari dekat youtube pun memang takkan jumpa dah...sebab orang yahudi dah buang video nie...ada beberapa episod penipuan dajal yang saya sempat download sebelum mereka delete...sedang kita sibuk dengan hal keduniaan,yahudi-yahudi ini giat melakukan penipuan kepada kita sebagai umat Islam...mari kita semua lihat apakah penipuan itu...harap video ini dapat membuka mata kita semua kepada penipuan-penipuan yahudi...

      Saya harap kepada semua yang tonton video ini,agar sebarkan kepada umat islam yang lain..ingat lah surah muhammad ayat 7 mafhumnya yang bermaksud ~Bantu lah AGAMA ALLAH,nescaya ALLAH AKAN BANTU KAMU~..ALLAHUAKBAR...

Sunday, September 2, 2012

Cinta kita cinta perjuangan

"Enti menangis..?" "Untuk apa ana menangis, bukankah akh selalu pesan, jangan menangis kerana manusia." "Habis, mata enti berair?" "Mata ana masuk habuk. Kebelakangan ni, selalu sangat mata ana ni berair." Aku tersenyum... Alasan ni dah lapuk sebenarnya, seingat aku semasa aku berumur 7 tahun, aku sudah tidak percaya alasan 'masuk habuk' yang menyebabkan mata seseorang berair. Filem-filem Melayu yang mengajar aku. "Ana tahu enti menangis.." "Tidak!!! Tak faham-faham ke?!" Dia tiba-tiba membentak. "Oklah.. oklah.. mata enti masuk habuk. Ginilah, kapal terbang akan bertolak besok pukul 7.00 petang. Kalau enti nak hantar pun hantarlah. Kalau tak nak pun, kapal terbang tu tetap akan bertolak. Ana pergi cuma 2 tahun, tak lama.." "Insya-Allah ana akan hantar. Tapi kalau ana tak hantar pun, ana harap akh tidak kecil hati. Ana takut berlalu fitnah. Maklumlah, kita bukannya diikat dengan ikatan yang sah lagi. Sekadar pertunangan..." "Pertunangan bukannya ikatan yang sahkah..?" "Bukan itu maksud ana, namun setidak-tidaknya ia kan boleh putus bila-bila masa sahaja. Sekali dihempas ombak, sekali pantai berubah..." "Pantai berubah kerana ombaklah tunangnya. Cuba jika bulan menjadi gerhana, atau matahari hilang sinarnya, berubahkah pantai?" Aku berfalsafah. Dan memang dia akan selalu kalah kalau beradu bahasa denganku. Temannya yang sering dibawa apabila berjumpa denganku tergelak kecil. Satu sokongan moral untukku. "Akh punya pasallah. Ana nak pergi. Jumpa lagi besok. Assalamualaikum..." Aku tidak menjawab salamnya. Bukankah menjawab salam dari seorang wanita yang bukan mahram hukumnya makruh?

Sunday, July 29, 2012

Perempuan Dari Mata Hati Seorang Lelaki

Perempuan, tahukah kamu bahawa kamu itu sangat mahal? Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunia ini adalah perempuan. Tidak percaya? Saya bukan nak main gula-gula di sini. Tetapi saya serius menyatakannya. Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunia ini adalah perempuan. Mengapa? Jika yang lelaki bertanya, saya mungkin memahami. Tetapi perempuan, jika kamu yang bertanya, maka saya kehairanan. Apakah kamu tidak tahu megapa saya sayangi kamu? Adakah kamu tidak menyedari betapa istimewanya kamu? Aku dari rahim seorang perempuan Kalau difikirkan semula, tiada lelaki yang dilahirkan selain dari rahim ibu melainkan Nabi Adam AS. Perhatikanlah Sultan, pemerintah, perdana menteri, laksmana, tentera, pegawai, jurutera, doktor, doktor falsafah, genius, semuanya dilahirkan dari perut seorang perempuan. Saya, dari rahim seorang perempuan juga. Tiada manusia dilahirkan hebat. Mereka semua dilahirkan sebagai manusia biasa. Tetapi biasanya manusia-manusia hebat ini mempunyai ibu yang hebat di sisi mereka. Yang mendidik dan memberikan suasana kepada mereka semenjak kecil. Mengapa pula saya tidak menyayangi perempuan? Mengapa pula saya tidak mengambil berat terhadap mereka? Dari rahim mereka lahirnya pewaris masa hadapan! Sekiranya saya membiarkan perempuan rosak, dirosakkan, merosakkan diri mereka, maka sama sahaja dengan saya membiarkan masa hadapan dunia hancur, gelap, kelam dan hitam. Jangan lupa, dari rahim perempuan juga lahirnya penderhaka, penjenayah, perogol, pencuri, yang ingkar kepada Allah, pembohong, dan banyak lagi manusia-manusia yang mencorakkan dunia dengan kehitaman. Hatta Ariel Sharon juga lahir dari perut seorang perempuan. Sekiranya perempuan yang menggendong masa hadapan dunia selama 9 bulan 9 hari ini rosak, di mana masa hadapan dunia? Mustahil saya tidak menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan yang saya inginkan, melainkan perempuan juga menyayangi diri mereka dan menjaga peribadi mereka daripada perkara yang Allah larang dan murka. Perempuan sayap kiriku Saya hendak berkahwin dengan siapa? Mustahil dengan lelaki. Baik macam mana pun saya dengan kawan-kawan lelaki saya mustahil saya akan berkahwin dengan mereka. Saya akan berkahwin dengan seorang perempuan. Mustahil saya tidak menyayangi kaum ini. Yang menjadi isteri-isteri dan pendamping kepada lelaki. Yang menjadi pengawal kepada segala rahsia seorang lelaki. Yang menjadi guru kepada anak-anak seorang lelaki. Yang menjadi penenang dan penyejuk mata serta pendamai jiwa seorang lelaki. Kestabilan seorang perempuan, menjamin kestabilan seorang lelaki. Maka mustahil saya hendak membiarkan perempuan rosak, dirosakkan atau merosakkan diri mereka sendiri. Kerana mereka adalah penjaga-penjaga lelaki di satu sisi. Suami-suami memerlukan isteri-isteri yang solehah, yang baik, yang taat kepada Allah dalam rangka hendak membangunkan ummah. Tidak dinafikan isteri-isteri juga memerlukan suami-suami yang baik. Tetapi bukan sedikit lelaki yang berubah kerana cinta seorang perempuan. Maka mengapa perempuan tidak mempersiapkan diri mereka lebih sedikit untuk mengubah seorang lelaki dengan cinta? MasyaAllah. Saya amat menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan saya melainkan perempuan menyayangi diri mereka sendiri. Menjaga diri dari kerosakan. Menjaga diri dari kemungkaran. Mempersiapkan diri menjadi hamba Allah yang taat. Buat apa yang disuruh, meninggalkan apa yang dilarang. Maka amat menyedihkan saya jika… Bila sayang, akan datang ambil berat. Semestinya demikian. Saya amat hairan kalau seseorang itu menyatakan sayang kepada si fulan: “Aku sayang sangat dengan kau” kemudian dia melemparkan si fulan itu ke dalam api. Mustahil itu adalah sayang. Maka kerana sayang itu jugalah saya akan terluka apabila melihat perempuan-perempuan berkeliaran tanpa menutup aurat. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercedera apabila melihat ada perempuan-perempuan tidak menjaga maruah mereka dan berpeleseran dengan lelaki tanpa segan silu. Kerana sayang itu jugalah saya akan terasa apabila melihat perempuan-perempuan menayangkan akhlak buruk mereka. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercucuk dengan perempuan yang tiada rasa malu pada diri mereka. Kalaulah perempuan tahu bahawa mereka memegang nasib dunia. Mereka bakal ibu dan isteri. Ibu kepada anak dan isteri kepada suami. Nyatakan kepada saya bagaimana mereka ini tidak memberikan kesan kepada dunia? Semestinya mereka ini memberikan kesan. Dan kesan yang diberikan oleh kamu wahai perempuan, bukannya sedikit bahkan besar. Sudah wujud di dalam sejarah, kerajaan hebat jatuh kerana seorang perempuan. Sudah wujud di dalam sejarah, abid hebat jatuh kerana seorang perempuan. Sebab itu saya sangat menyayangi perempuan dan sering memikirkan mereka. Apakah perempuan-perempuan memikirkan diri mereka sendiri? Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Tetapi… Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Bukan tujuan saya menulis artikel ini untuk disayangi perempuan. Tetapi tujuan saya menulis artikel ini untuk perempuan menyayangi diri mereka sendiri. Maksud sayang pada saya adalah ~ hendak masuk syurga bersamanya. Maka kalau tak nak masuk syurga dengan saya, at least kamu kena lah rasa hendak masuk syurga dengan diri kamu wahai perempuan. Maka jagalah diri, persiapkan peribadi. Kamu pemegang masa hadapan dunia. Dan tiada yang memberikan kesan lebih besar terhadap dunia selain kamu wahai perempuan. Kalaulah kamu tahu betapa sejuknya mata ini melihat perempuan-perempuan yang berakhlak. Kalaulah kamu tahu betapa senangnya jiwa ini melihat perempuan-perempuan yang pemalu. Kalaulah kamu tahu betapa seronoknya kalbu ini melihat perempuan-perempuan yang menutup aurat. Kalaulah kamu tahu betapa tenangnya diri ini melihat perempuan-perempuan yang menjaga batas pergaulan. Wahai perempuan, tidakkah kamu memandang diri kamu berharga? Maka jangan murahkan. Siapkan dirimu untuk menggoncang masa hadapan dengan keimanan dan ketaatan. Bukan dengan kehancuran dan kerosakan. Sumber: Saya Tetap Sayangkan Awak

Saturday, May 12, 2012

Nazmi Faiz bakal bermain di Liga Portugal...

PETALING JAYA - Pemain tengah skuad Harimau Muda A Mohd Nazmi Faiz Mansor akan menjalani latihan pemilihan di kelab divisyen satu Liga Portugal, S.C Beira-Mar, selama seminggu mulai Isnin depan. Mohd Nazmi Faiz, yang akan bertolak ke Portugal Ahad ini bersama bapanya Mansor Mustapha, berkata beliau tidak mahu mempersia-siakan peluang bermain di benua Eropah meskipun bakal berhadapan dengan cabaran seperti gaya permainan ala Samba yang banyak digunakan pemain dalam liga berkenaan dan keadaan cuaca. "Saya akan mempamerkan aksi terbaik saya sepanjang berada di sana untuk memastikan saya menjadi pemain pertama negara yang mewakili kelab Eropah," katanya dalam sidang media di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di sini hari ini. Ketua Jurulatih Harimau Muda A Ong Kim Swee yang turut hadir pada sidang media itu berkata beliau dimaklumkan Mohd Nazmi Faiz mendapat tawaran itu setelah seorang ejen bebas bola sepak dari Portugal tertarik melihat aksi pemain berusia 17 tahun dalam satu perlawanan membabitkan skuad Harimau Muda A di Liga Singapura baru-baru ini. Ong berkata Mohd Nazmi Faiz berpeluang ditawarkan kontrak untuk bermain dengan kelab yang berpangkalan di bandar Aveiro, Portugal itu sekiranya beliau mampu memikat pengurusan kelab tersebut sewaktu sesi latihan itu. "Semuanya (terma-terma kontrak) akan diketahui selepas berakhirnya sesi latihan itu," katanya. Mohd Nazmi Faiz yang masih menuntut di Sekolah Sukan Bukit Jalil merupakan pemain ketiga negara yang terpilih menjalani latihan di luar negara selepas pemain Pelita Jaya Mohd Safee Sali dan pemain Selangor Mohd Safiq Rahim mencuba nasib menjalani latihan selama dua minggu di Kelab Kejuaraan Divisyen satu Liga Inggeris, Cardiff City pada tahun lepas.
Harapan untuk menyaksikan kedua-dua pemain itu untuk beraksi dalam kelab yang dimiliki bersama oleh ahli perniagaan dari Malaysia Datuk Chan Tien Ghee dan Tan Sri Vincent Tan itu bagaimanapun tidak kesampaian selepas peraturan negara tersebut yang mensyaratkan pemain dari ranking bawah 70 dunia sahaja yang boleh beraksi dalam liga bola sepak negara itu. "Pemilihan pemain kita untuk menjalani latihan dengan kelab bola sepak luar negara sejak kebelakangan ini jelas membuktikan bahawa bakat pemain negara kita semakin dihargai oleh pasukan luar," kata Ong. - Bernama sumber = Read more: http://www.pisau.net/2012/05/nazmi-faiz-bakal-bermain-di-liga.html#ixzz1ubhUmMV8